Dari Abu Darda’ RA berkata, Rasulullah SAW bersabda kepadaku dengan sembilan perkara:
1. “Janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu, walaupun engkau dipotong atau di bakar”.
2. “Janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib yang lima waktu dengan sengaja kerana barang siapa yang meninggalkan solat secara sengaja akan lepas dari jaminan Allah”.
3. “Jangan sekali-kali engkau minum khamar (arak), sesungguhnya khamar (arak) adalah kunci dari semua kejahatan”.
4. “Taatlah kepada kedua orang tuamu, seandai keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya, maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya”.
5. “Jangan engkau bertentangan dengan uluamri (pemimpin) walaupun memandang engkau lebih daripadanya”.
6. “Janganlah engkau lari dari medan peperangan walaupun engkau binasa dan semua teman-temanmu lari”.
7. “Infakkan kelebihan hartamu kepada keluargamu”.
8. “Janganlah engkau membuang rotan dari keluargamu kerana sayang hendak memukulnya. Pukullah kerana mendidik, bukan mendera”.
9. “Berilah amaran kepada mereka supaya takut akan Allah SWT”.