Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor bermula 10 Julai 2017 hingga 23 Ogos 2017.

**Pameran dilanjutkan sehingga 23 Ogos 2017

Waktu Pameran : 9 pagi – 10 malam.

(Pameran akan ditutup sementara pada setiap waktu solat).

Pameran ini membawakan 27 Artifak untuk dipamerkan kepada para pelawat. Selain melihat artifak Rasulullah SAW, anda juga berpeluang melihat artifak para sahabat, tokoh-tokoh islam yang terdahulu dan banyak lagi. Artifak yang dipamerkan adalah tulen, dibawa khas daripada pemegang persendirian barang peninggalan Nabi Muhammad SAW dari Jordan, Turki, India, Syiria, Mekah dan Madinah.

Pameran yang telah berlangsung di Muzium Negeri Kedah.

Harga Tiket adalah seperti di bawah:

  • Dewasa – RM20.00 seorang
  • Pelajar – RM10.00 seorang
  • Warga Emas – RM10.00 seorang
  • OKU – RM10.00 seorang
  • Kanak Kanak 6 tahun keatas – RM10.00 seorang
  • Kanak-kanak bawah 6 tahun – Percuma

7 thoughts on “Pameran Artifak Rasulullah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam”

      1. hari apa yg tak ramai orang? bawak baby kena pegi time tak ramai.. hari bekerja ramai tak?
        terima kasih

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top