Assalamualaikum warahmatullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Pada kali ini, penulis akan memfokus kan kepada keperibadian Rasulullah SAW dan perkara yang berkaitan dengan sunnah-sunnah Rasulullah SAW.
1. Cara Rasulullah SAW Berjalan.
Disebutkan dalam beberapa riwayat, Rasulullah SAW apabila berjalan, jalannya laju seperti menuruni anak bukit, badannya condong ke hadapan dan menekan pada kaki kiri. Pandangannya hanya ke bumi menunjukkan bahawa baginda terlalu tawaduk.
Abu Hurairah meriwayatkan,
Aku tidak pernah melihat apa pun yang lebih indah dari Rasulullah SAW, seolah-olah matahari beredar di wajahnya. Aku tidak juga pernah melihat seorang yang jalannya laju lebih dari Rasulullah SAW seolah-olah bumi terlipat di tumitnya. Sungguh kami memaksa diri untuk berjalan laju dan beliau tidak peduli dengan rasa lelah kami” {Hadi Riwayat oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Ahmad dan Abu Syaikh}
Sayidina Ali juga pernah meriwayatkan,
Bahawa apabila Rasulullah SAW berjalan bergoyang badannya seperti menuruni anak bukit” {Hadis Riwayat oleh At-Tarmizi dan Hakim}
2. Cara Rasulullah SAW Menyikat Rambut.
Baginda menyikat rambut ke kanan dan akan mula menyikat daripada kanan kepala.
Aisyah meriwayatkan,
Rasulullah SAW suka mendahulukan anggota tubuh yang kanan ketika bersuci (taharah, menyikat rambut dan memakai selipar atau kasut).” {Riwayat oleh At-Tarmizi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad}
3. Uban Rasulullah SAW.
Sewaktu banginda wafat, di kepalanya hanya mempunyai 14 helai uban manakala di janggutnya terdapat 20 helai uban. Ubannya berwarna merah kerana di inai.
Anas bin Malik meriwayatkan,
Tidak saya kira uban di kepala dan janggut Rasulullah SAW melainkan hanya empat belas helai”. {Dikeluarkan oleh At-Tarmizi dan Ahmad}
Ibnu Abbas pula meriwayatkan bahawa,
Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, anda telah beruban.” Makan baginda berkata “Yang membuatkan aku beruban adalah surah Hud, Al Waqiah, Al-Mursalat, An-Naba’ dan At-Takwir.” (Dikeluarkan oleh At-Tarmizi, Ibnu Saad dan Hakim}
Yang di maksudkan oleh Rasulullah SAW ialah baginda beruban kerana terlalu banyak memikirkan hari kiamat dan hari akhirat yang terkandung di dalam surah-surah tersebut.
Allahhuakbar! Bagaimana pula dengan kita? Tepuk dada, tanya iman.
Salam rindu hanya buatmu Ya Rasulullah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
Sumber: Buku Biografi Agung Rasulullah SAW. (terbitan mustread)
Pingback: Keperibadian Rasulullah (Bahagian 2) – Galeri Aura Islam